Wednesday, 15 August 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum reader yang dikasihi...
Selamat Datang ke Blog Bintang Hati kita...
Semoga anda dapat memanfaatkan segala info dan maklumat di sini


Selamat Hari Raya Aidilfitri~~

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang kami kasihi sekalian...
Huaaaaa...esok balek!yeayyyy!!kami berdua akan balek ke Penang dan Johor...jauhnye kan...tapi tk sabar rasenya..nak makan ketupat, rendang, lodeh, nasi merah, sambal goreng jawa, dan semuanya lah..n berat kami drpd 60 jadi lah 70kg...hahahha...alhamdulillah sekiranya diizinkan Allah, insyaAllah kami dapat menyambut hari raya Tahun ini...enth dpt ke tk peluang tu tahun depan...n tahun ni jugak tahun terakhir kami bergelar seorang guru pelatih..tk sabar jgk nk posting n pegang duit sendiri..ahhahaha...
Di kesempatan ini, kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...
semoga readers dapat menyambut hari raya dengan penuh meriah bersama keluarga tersayang...
Salam sayang dari kami, Aqma & Latifah....


Friday, 10 August 2012

:: Soal Hati Kita ::

Tatkala senyum, dileteri, senyummu terlebih gula.
Tatkala masam, diumpat, wajahmu tidak ceria.
Tatkala ke media, dituduh, sengaja mencari pujian. Gila glamour. Hendak menunjuk cantik.
Tatkala di rumah, dituduh tersepit. Terkongkong. Tidak pedulikan keperluan masyarakat.
Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.
Dari dulu sampai sekarang sahabat sudi menjadikan diri tempat luahan untuk berbicara tentang soal perasaan dari hati ke hati. Dan dari situ diri memahami isu cinta ini evergreen. Sungguh saya tidak pernah bosan. Malah bukan hak saya untuk mendengar acuh tidak acuh setiap perkongsian daripada sahabat. Raikan ceritanya. Walaupun melihat kepada kisah hidup saya, saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara tentang cinta. Kerana saya masih belum cukup makan garam!
Ada kisah tersepit kerana cinta. Ada kisah keinginan mahu berubah terkadang terasa payah kerana cinta dulu datang mengundang. Ada kisah tangis disebabkan cinta. Ada kisah yang keliru dalam mengejar cinta. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah terus mendengar dengan hati terbuka. Don't ever easily judge them but help them till the end.
Terkadang ada sahabat yang mendesak diri ini supaya menceritakan soal hati kerana hanya dia sahaja yang berkongsi. Bukan saya tidak mahu tetapi tiada apa yang menarik tentang cinta untuk diberitahu. Rasa suka itu pasti ada tanda kenormalan hormon tetapi sekejap sahaja. Sukar meminati seseorang. Sukar jatuh cinta. Jadi, tiada cerita. Mungkin kerana masih meminati 'Barbie' dan melangut kepala menonton 'Totally Spies'? (Tak adalah. Saya gurau sahaja. He he.)
Prinsip. Tidak ada yang boleh mengambil tempat 'dia-yang-entah-di-mana' selagi belum ada ikatan sah. Prinsip. Tidak mahu dimabukkan dengan khayalan cinta yang tidak pasti. Prinsip. Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. Prinsip. Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia. Prinsip. Katanya seorang da'ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!
THINKING MAPS


BILA DAN SIAPA YANG TERLIBAT ?

FASA 1 : 2012 (JAN - MAC) 
- RINTIS DI 10 BUAH SEKOLAH (4SM + 6SR)

FASA 2 : 2012 
- 280 BUAH SEKOLAH 
- 3 IPGK

FASA 3 : 2013
- 1000 BUAH SEKOLAH

FASA  4 : 2014
- ? BUAH SEKOLAH

FASA 5 : 2015
- SEMUA BUAH SEKOLAH

SENARAI SEKOLAH RINTIS I- THINK

  1. SK PUSAT BUKIT BESAR
  2. SMK CONVENT MUAR
  3. SK KIARAMAS

Thursday, 9 August 2012

Harapan dari Program i-Think : 
  • Dengan menggunakan alat berfikir, murid diharap lebih fokus dan berkeyakinan dalam kelas
  • Aktiviti banyak berpusatkan murid
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam P&P
  • Hubungan murid dengan guru lebih rapat kerana guru lebih berperanan sebagai fasilitator


: : Pengenalan : :

Apakah Program i-Think ?
Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid bagi menghasilkan murid yang berinovatif

Mengapa i-Think?
Dapatan melalui kajian keperluan menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi ( Higher Thinking Order) dalam kalangan murid dan guru di Malaysia adalah sangat rendah

Siapakah yang bertanggungjawab ?
Agensi Inovasi Malaysia (dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri) bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)



: : Tugasan Kerja Kursus EDU 3109 : :

1)  Sebagai seorang pelatih, anda dikehendaki menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam Kursus Guru dan Cabaran Semasa. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran ini

2)  Sebagai bakal guru, anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan 8 thinking maps berdasarkan tajuk pilihan anda

Tajuk pilihan kami :

  • Matematik Tahun 3
  • Adaptasi Pelbagai Perkembangan Inovasi dan Perubahan Pendidikan    

Nur Aqma Najihah Aziz 
22 Tahun
Kota Tinggi, Johor
Suka baca novel & bersuka ria
Motto : Biar ceria asal bahagia


Nurlatifah Abdullah
23 Tahun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Suka layan Korea & buku ilmiah
Motto : Hidup Biar Gempak

Saturday, 4 August 2012

:: Cuti Sekolah Lebih Awal Sempena Hari Raya Puasa?? ::

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua...
Menarik sungguh berita yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya kami yang masih belajar..tak sabarnya nak balik kampung..
kalau boleh nak puasa sebulan kat rumah..tapi bila tengok kawan2 yang dah habes belajar duduk rumah tapi stil buka puasa dengan kwn2, baru lah kami terfikir alangkah bestnya kalau mereka manfaat kan sebenar2 puasa di rumah dan berbuka bersama ahli keluarga..
tp tk ape..bukan itu masalahnya sekarang..yang penting, dengar2 17 Ogos ni cuti??betul ker??betul ke tak kami dah pun beli tiket balik rumah 16 ogos nih..yahooo~~mak ayah, tungguh kepulangan anakanda mu ini...
Alhamdulillah terima kasih kepada sesiapa sahaja yang fight untuk beri kami cuti...sangat penting untuk menghabiskan sisa-sisa puasa di rumah dan merasai kehangatan persiapan hari raya bersama keluarga..
kerana apa???kerana kita tak tahu adakah lagi hari raya yang terindah bersama keluarga untuk tahun hadapan...
disini disertakan juga pengumuman cuti pada tarikh 16 ogos untuk sekolah....


p/s : semoga Hari Raya kali ini menjadi hari raya terindah untuk kami dan juga anda semua...jumpa lagi di lain warkah...Salam

Wednesday, 1 August 2012

BENTUK


~click image to enlarge~

SIFIR

~click to enlarge image~

WANG

~click image to enlarge~

OPERASI TAMBAH DAN TOLAK




~click image to enlarge~

MASA


~click image to enlarge~

UKURAN PANJANG




~click image to enlarge~

NOMBOR BULAT

~click image to enlarge~

CERAKINKAN NOMBOR


 ~click image to enlarge~